Isnin, 28 November 2011

                             TEMPAT KEDIAMAN PADA ZAMAN PURBA

Berhijrah
Orang purba tidak mempunyai keupayaan untuk hidup dalam keadaan cuaca yang sejuk menyebabkan mereka menghijrah ke tempat yang beriklim sederhana apabila mengalami perubahan iklim setiap tahun dalam musim tertentu. Mereka menangkap ikan, memburu binatang, memungut tumbuh-tumbuhan liar dan buah di atas pokok sebagai makanan. Oleh sebab keadaan kehidupan yang berbahaya dan kurang tetap, mereka suka hidup secara berkumpulan.




Hidup Dalam Gua

Demi mengelakkan daripada cuaca yang buruk, orang purba mula mendiami dalam gua. Mereka mula menggunakan api untuk memanaskan badan, memasak, mengeringkan pakaian dan memberi cahaya untuk aktiviti harian pada waktu malam. 


Pondok Atas Pokok

Orang purba mendapati kehidupan dalam gua masih lagi diancam oleh binatang liar. Mereka mula bina pondok atas pokok dengan menggunakan kayu, ranting dan daun pokok.



Pondok Tepi Sungai Dan Tasik

Orang purba mula menetap di suatu tempat apabila mereka menemui cara menternak dan menanam sayur. Demi mudah untuk mendapatkan bekalan air, mereka telah memilih untuk membina pondok di tepi sungai atau tasik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan