Isnin, 28 November 2011











PERBEZAAN  ANTARA  RUMAH  TRADISIONAL DENGAN  RUMAH  MODEN

RUMAH TRADISIONAL
RUMAH MODEN
·        Bahan pembinaan biasanya terdiri daripada kayu
·        Bahan pembinaan biasanya terdiri daripada batu, cermin kaca, tiang besi.

·        Pelbagai reka bentuk yang unik. Walaupun merupakan jenis rumah yang sama di kawasan yang sama, rekaan bentuknya tetap berbeza.

·        Reka bentuk biasanya  sama di kawasan perumahan yang sama.
·        Biasanya terdapat di kawasan perkampungan
·        Biasanya terdapat di kawasan Bandar

·        Bumbung rumah biasanya condong demi memudahkan pengaliran air hujan.


Marilah Menyaksikan Video Orang Purba

video
Klip 1

 
video
Klip 2


video
Klip 3
Carta 1: Proses Perubahan Penginapan Orang Purba



Carta 2: Sebab-sebab Orang Purba Berhijrah


Carta 3: Fungsi-fungsi Tempat Tinggal Orang Purba



                             TEMPAT KEDIAMAN PADA ZAMAN PURBA

Berhijrah
Orang purba tidak mempunyai keupayaan untuk hidup dalam keadaan cuaca yang sejuk menyebabkan mereka menghijrah ke tempat yang beriklim sederhana apabila mengalami perubahan iklim setiap tahun dalam musim tertentu. Mereka menangkap ikan, memburu binatang, memungut tumbuh-tumbuhan liar dan buah di atas pokok sebagai makanan. Oleh sebab keadaan kehidupan yang berbahaya dan kurang tetap, mereka suka hidup secara berkumpulan.




Hidup Dalam Gua

Demi mengelakkan daripada cuaca yang buruk, orang purba mula mendiami dalam gua. Mereka mula menggunakan api untuk memanaskan badan, memasak, mengeringkan pakaian dan memberi cahaya untuk aktiviti harian pada waktu malam. 


Pondok Atas Pokok

Orang purba mendapati kehidupan dalam gua masih lagi diancam oleh binatang liar. Mereka mula bina pondok atas pokok dengan menggunakan kayu, ranting dan daun pokok.



Pondok Tepi Sungai Dan Tasik

Orang purba mula menetap di suatu tempat apabila mereka menemui cara menternak dan menanam sayur. Demi mudah untuk mendapatkan bekalan air, mereka telah memilih untuk membina pondok di tepi sungai atau tasik.